:
Sistem Pembelajaran Madrasah At-Tazkiyah


TAHAP PENGAJIAN

Di Madrasah At Tazkiyah terdapat 2 tahap pengajian :

1- Bahasa Arab

2- Ibtidaiyah

Dan setiap tahap mempunyai 3 semester pengajian.


SEMESTER PENGAJIAN

Madrasah At-Tazkiyah mempunyai dua semester pengajian dalam setahun.

  • Semester Pertama bermula dari bulan Syawwal hingga bulan Rabi’ul Awwal.
  • Semester Kedua bermula dari bulan Rabi’ul Awwal hingga bulan Sya’ban.


TEMPOH PENGAJIAN
Sukatan Pelajaran di Madrasah At Tazkiyah mengambil masa 3 tahun untuk dihabiskan. Sekiranya pelajar lulus setiap
peperiksaan dan mempunyai prestasi akhlak yang baik, mereka berpeluang untuk menyambung pengajian mereka di Pusat Pengajian Darul Mustofa, Hadhramaut Yaman untuk peringkat Thanawi (Menengah) dan Jami'ah (Universiti) selama 5 tahun.

PEPERIKSAAN
Setiap semester akan diadakan tiga peperiksaan:

  • Peperiksaan Awal Semester
  • Pertengahan Semester
  • Peperiksaan Akhir Semester


PERMARKAHAN
Markah akan dikumpulkan dari KETIGA-TIGA PEPERIKSAAN tersebut bagi mengetahui prestasi
pelajar. Markah lulus yang diletakkan oleh Darul Mustofa ialah 76% dan ke atas.

Bagi mereka yang GAGAL akan diadakan PEPERIKSAAN ULANGAN bagi memberi mereka PELUANG KEDUA dan sekiranya mereka MASIH LAGI GAGAL, mereka dikehendaki MENGULANGAI SEMESTER TERSEBUT dan TIDAK DIBENARKAN NAIK ke semester yang seterusnya. Akan tetapi jika selepas itu, pencapaian pelajar MASIH LAGI DIBAWAH PERATUSAN kami dan TIDAK MEMUASKAN, maka pihak madrasah TERPAKSA MENAMATKAN pengajian pelajar tersebut di madrasah ini.